penutupan Sementara Lorong-lorong Touch ‘n Go Dan Smart Tag Di Plaza Tol Salak Selatan, Maju Expressway (mex)

Lebuhraya MEX akan menutup sementara lorong-lorong Touch ‘n Go dan Smart Tag di kedua – dua arah Plaza Tol Salak Selatan untuk memberi laluan bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem. Penutupan ini akan bermula dari jam 12.00 malam pada 31 Mac 2018. Semua transaksi tol boleh dilakukan di lorong tambah nilai iaitu lorong 1 & 2 dan juga di lorong pelbagai kelas iaitu lorong 3 di kedua – dua arah Plaza tol Salak Selatan.

Pihak MEX memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penutupan sementara ini.

Dapatkan maklumat terkini mengenai penutupan dan laporan trafik melalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook. Atau, hubungi kami di MEX Hotline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut.

29355017_562366770806918_1349037292949418214_o