lencongan Laluan Di Pembinaan Persimpangan Bertingkat, Seri Kembangan

Seri Kembangan 3 April – Maju Expressway (MEX) akan melaksanakan lencongan di kilometer 14.8 hingga kilometer 17.1 iaitu di Persimpangan Bertingkat di Seri Kembangan. Ia bertujuan untuk memberi laluan kepada pembinaan Persimpangan Bertingkat di kawasan itu. Lencongan itu akan dilaksanakan selama 15 bulan. Bermula Isnin 7 April 2014 dan ia merupakan sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf fasa satu projek Cadangan Persimpangan Bertingkat, Seri Kembangan.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan MEX Hotline di 03-8315-9111.